Jumaat, 23 Disember 2011

Menjadi Boss kepada diri sendiri...

hmm..kalau ikutkan hati  dan azam diawal tahun dulu, aku kena update blog nih seminggu sekali.. tp mcam azam tinggal azam je la.. ni dah nak tahun depan apa pulak azam nye yek hehehe..
Sebenarnya banyak aku nak tulis, banyak aku nak luah kat sini.. dari cerita Ariff kawen gay irish ( takde sape lak nak penampa budak ni) sampai la masalah pemikiran dangkal kebanyakan rakyat malaysia : Kau tu belajar kat U kerajaan kena la ikut apa cakap kerjaan, kalau tak nak ikut jgn belajar kat U kerajaan.. atau orang suruh belajar belaja je la kenapa la sibuk politik, atau kerja ngan kerajaan, tp apa kerajaan buat semua tak betull, makan duit haram.. adusss duit haram katanya..ini pemikiran dangkal..kita rakyat malaysia yang hidup di sebuah negara demokrasi. kita berhak memilih dan mentidak pilih sesuatu kerajaan itu...Soal sokong kerajaan( dalam konteks ini BN) atau tidak, tidak termasuk dalam halal haram gaji kita, kalau kita mengulor, makan rahsuah dan seumpanya baru la kata gaji tu haram..lainlah ketika interview masa memula nak keje kerajaan tu ditanya adakah awak mengundi parti BN, pastu kau jawab ye, pastu kau dapat keje maka kalau kau pangkah parti lain baru la salah, pasal kau menipu masa interview tadi, tp masih kau berhak mengkritik kerajaan, pasal yang ditanya adakah kau mengundi.. hak untuk mengkritik masih terbuka di situ.. (tapi adake soklan sedemikian, pasal aku tak penahhh mintak keje kerajann nih).Lagi satu, kenapa nak halang seorang yang cukup umur nya 21 tahun daripada berpolitik, dia nak berpolitik itu pilihan dia, dia kena belajar itu tanggung jawab dia . Seumpama menghalang seseorang lelaki untuk mengalun azan, apabila dia yakin bahawa dia mampu, kalau dia salah baru tegur, tapi kalau halang mana betulnya tindakan tu .tapi biasanya, ayat suruh belajar belajar jela jgn berpolitik hanya timbul kalau si polan itu menyokong bukan BN, tp kalau dia ahli puteri umno, ahli pemuda umno.. takde sape nak halang.. biassss..
Tapi sudah lah.. saya tak suka blog ini bercerita tentang politik sebab politik di Malaysia di penuhi mereka yang dangkal pemikirannya..semua boleh apabila dia menyokong pihak dia tapi kalau kta tak sokong dia kena penampar dan ludah..
Jadi, sebenarnya teringat last week (or few weeks..ntah tak ingat) Mizainah ajak pi tuttuti fruiti..pasal dia baca dalam blog aku pasal TF.. hehehe Miz baca blog aku.. segan la mak cik..walau pon kita tulis blog nih utk orang baca, tp bila jumpa pembacanya rasa segan la pulak hehehe..So lama gak la tak mengumpat borak borak ngan Miz nih, dari satu topik ke satu topik, timbul la cerita Lai (PM-project manager dia) berkata kata maybe nak bukak bisnes sendiri, pastu miz rasa dia nak bukak biz jugak sebab nak spend masa ngan anak anaknya, or at least dpt keje half day (yeahh your wish).. okey setelah kupikir pikirkan betula kata kata seorang cina kepada kakak ku, dia cakap " faridah, macam mana kaya, macam mana miskin pon org cina..diorang tetap mau jd bos" aku rasa betul.. orang melayu kalau dah kaya ( keje doktor gaji dua ti ga puluh ribu sebulan, engineer, akauntan dan seumpanya) kita dah rasa okay, buat apa nak biz pening pening kepala, mana nak market barang, jaga stok, jaga pekeja, lari hutang lari cukai, kalau kerja, cukup bulan dapat gaji, kerja sama je teruk, bos pon bukan senang sgt, mmg la bos dapat byk duit tp apa aku dapat lebih dari cukup utk diri aku so buat ape aku amek risiko? Sebab org melayu kalau dia nak kaya gila babi, dan berkuasa dia tak berniaga.. dia main politik hehehe..
Satu lagi bila miz cakap, dia nak biz so dia ada masa ngan anak anak dia.. yang nih aku susah nak cakap.. sebab kalau kau bisnes dan kau ada masa ngan famili means bisnes kau tahap kecil kecilan.. tu masuk tetiap bulan habis banyak pon seribu dua je.. unless kau buat internet biz, yang aku pon tak tau cemana diorang bole masuk ratus ratus riban sebulan.. ntah tu kena tanya Irfan Khairi. aku peniaga kovensional aje, itupon  kalau la cth nya pagi aku hantar mak aku pi klinik, pastu aku stat keje kat kedai tengah hari.. means aku kena stay back sampai malam, byk gak keje kena buat selain basuh baju, bungkus baju, stok kena tgk, sales kena rekod, duit kena kira..facebook kena tgk jadi takde la free sgt, pastu kalau tgh time lebat tu.. sampai kena tidor kat kedai..jd sebenarnya keje makan gaji adakalanya lebih byk masa, cuma lebihnya, bole la angkut anak anak duk kedai, bole la memantau anak anak kat kedai (saya tak tahu sangat saya takde anak). Jadi kenapa saya tetap di jalan biz ini sila baca sini.
 

2 ulasan:

K.e.e.N~si empunya blog berkata...

hiks, i pun baca blog u jugak so nnt banje tutti frutti okeh :P

Yard_dean Apple berkata...

ehh ada org baca.. ingat membebel sengsorang diri.. btw aritu pn miz yang belanaja.. datang la sini belanja haku lak