Sabtu, 27 Februari 2010

Jumaat, 26 Februari 2010

Pulau Besar Family Trip..

tadi pi jumpa Miz, cerita cerita nak buat reunion on 13/03, dah besar dah anak anak dia, syafiq dah 4, imran dah 2..keletah betul dedua.. tp one thing yang aku kagum ngan miz, anak dia meragam cemana pon takde dia marah pon.. kalau aku dah kono dah bebudak tu.. pakai renung je dah sujud ampun dah bebudak tu.. takpe la lain cara lain didikan.. anak dia baik, dah besar mesti sopan je macam dia n kas gak..pastu nak balik, ujan + org kat umah takde.. so aku stay la kat jusco tu.. pegi beli majalah DCM, baca..pastu tepon tak balik lagi dr giant dioarang tu, soaku lepak secret recipi..minum ice mocca n makan kek mende apentah recomended by the waitress.. kek pisang +coklat +kacang+honey.. pergghh berat giler..aku makan half way dah mengatuk+pening+ muak.. aku mmg takle makan yang lemak lemak camnih, rsa muak..kalau pedas okay la kan.. patut oder pie td..okies sebenarnya nak cerita pasl trip pi pulau besar..


Pegi pulau besar time bulan 2 rupenya tak berapa ideal.. laut sedikit bergelora so takleh snorkle.. buak tu je perjalanan bot nak ke pulau pon mencabar sungguh.. dia punya hentak naik seriau dikerjakan nya..tp bebudak tu bersuka ria beno layan ombak tu.. macam rollercoster kata amir..aku tgk fizah dah pucat dah.. risau takde life jacket..pastu setelah berempas 20 minit lebey kurang.. sampai gak kat Pulau besar.. perghh jauh la pulak resot nye.. kat ujung sekali..nasib baik beg org dah bawak..sampai tgh hari kul 130 ada kot.. Lunch dah sedia.. apelagi makan la.. tp htah la salah tune ke, penat kene hempas ke.. tak berpa selera sngt.. pastu masin la pulak masakan dia.. tp aku respek pasla byk lauk dia..takde la byk sgt tapi melebihi expectation aku la.. pasal aku pernah pi tpt makan macam cel.. tp okay lanih aku bagi la 4-3/5 bintang..pas makan pegi bilik.. pastu tgh syok syok lepak kul 3 takde letrik pasal dia tgh sevis generator di.. takpe la kata nak cuti duk bilik apehal.. bebudak semua dah siap nak pi mandi kolam..aku pon join.. pastu punya la sakan main kolam sampai naik lemas is haris.. baik terus budak tu.. terus nak balik, kalau tak bedal nak main kolamm je...jd aku amek kesempatan pi snap gamba .. perghh lawa pulau besar nih.. tu pon ada org cakap tioman n sibu lg lawa.. yang kat sini pon dah cukup lawa..amek sunset, semua.. pastu balik bilik siap nak makan lak.. dinner kali baru la okay sikit, pastu baru aku perasan ada sambal belacan.. sambal tu yang buat rasa masin tu bearable seket..lepak kat bilik tv tgk raja lawak pastu balik tido.. dengan niat esok nak bgn pagi nak snap lagi gamba..tp perghh seksaan tido ngan idah aku dah la takleh beralih katil susah nak tido.. dia lak bising tahap gaban.. suasah.. so kualiti tido aku agak tak bagus..result bgn dah lebih 7..siap merungut pasal idah tido bising , aku pi breakfast lak..baku mula rasa worth la stay kat sini.. makan muai siut..pas makan mandi laut lak..snap some picture more..lunch..rehat,sambung tido.. pastu pukul 3 as semalam, aircond tarak.. so kitorang jalan lak tour de pulau besar, pi resot sebelah.. kat sini facilities macam best sikit, ada buai bagai.. tp as aku tgk mahal la sikt kat sini.. snap some great picture,ada satu pokok tu aku rasa unik gila..pokok bunga balung ayam pon cantik kat sini..pastu balik siap diner.. ahh itu jela keje nya,.. yang penting best la cuti sini.. satu lagi point yg best.. tak sangka bole namapak penyu kat sini.. kitorang tunggu boat jeti.. hazab lamanya.. tp tgh tunggu tu boleh namapak penyu.. bukan sekor la k tu.. byk..tp satu yg tak best takde souvenir..semua pulau tioman yyg pulau besar langsung takde..t shirt pon takde..aku rsa org pulau tu kene kretip sikit la, anyway here some picture.
pantai baik punya.
Sunset
siap ada kerusi jemur jemur
ikan kat jeti..

bunga unik..

Sabtu, 13 Februari 2010

Pulau (babi) Besar




Pulau Besar, Johor atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya..( catatan dr wikepedia.. aku anti plagiat)



so this CNY akhirnya muktamad aku aku pi Pulau BEsar terpaksa berkorban la kenduri ZAck.. walaupon rasa sgt sgt bersalah..takpe la zack aku ganti nanti lain kali..Dah lam gak tak pi pulau nih.. last time rasanya mas belajar dulu around 2002 ko.. pi pulau rhu hentian.. sponsor by KTDI.. best woo pi sana.. laut dia cantik habis..air jernih gila.. gila tak jernih camtu.. keje aku time tu berendamm je dalam laut pastu feeling feeling snorkeling tp tak jauh dr pantai la.. tajut weyy aku bukan tau berenang..



tp tu la sebenarnya punya besar cabaran nak pi Pulau besar nih.. takde la besar pon actually ni semua gara gara buat keje last minit la.. sebab musabab awal aku kata aku taknak pi.. so aku suruh sape yang nak pi tu, urus sendiri, tapi biasala.. pusing tang mana pon aku gak kene..memula nak pi Sibu island.. tetiba bila tgk intenet diorang under construction, nak p tioman lak.. tioman lak off season. tu yang survey punya survey.. dpt la pulau besar nih.. pastu oleh kerana aku dah mencurah begitu byk usaha + aku yang byk urus mende alah nih aku kensel plan awal aku nak pi kenduri zack (actually bila tahu zack dah nikah macam tawar lak hati nak pi) pastu tetiba akak aku cakap nak ajak angah, n bujang ( amir terpaksa ajak).. pasal budak bujang nih boley jd balaci pengangkat barang..tetiba bujang lak tak nak pegi pasal dah da rancangan lain.. aku lak dah termasuk duit utk dia sekali terpaksala kensel.. nasib dapat refund balik.. pastu dihujung rancangan bole azi lak tak jd pegi.. sakit tul hati aku.. dah sah sebelum nih dia gak yang gila menyuruh aku carik tpt la, suruh urus itu ini last last dia lak yang tak pegi tak ke sakit nama nye tu..kene lak ajak yah n laki dia.. kesian gak kat dato k tu.. paasal takde baju sgt.. bukan rancang nak pegi kan.. dah terpaksa pakai ala kadar je.. tapi tengok la nnt camne ..hope fully everything will be okay..hopefully ada byk mende bole buat kat sana.. hopefully it a worth vacation..





Ahad, 31 Januari 2010

emel ku kene hacked..

cencurut lorong belakang betulla..geram pon ada nih.. adeke bole emel yanga aku dah pakai sejak 1998 sudah kene hacked.. siap saip cakap aku kat uk nak pakai duit la ..aku pon pelik cara orh carik duit.. macam nih pon boe.. dalam dunia camnih ramai beno org nak carik duit cepat..tapi sayang tu emel aku.. nih tgh retrieve balik ntah dapat ntah kan tidak..
so termaktub la cuti cny aku stat 12 kalau tak silap naik balik on 19..rancangan nya nak pi pulau pulau on 14 15 16.. shud be okay la kan time tu..tapi sedikit torn apart la.. nak ikut vacation ke nak tgk zack kawen.. hati aku rasa macam nak pi zack kawenla.. lama dah rancang. + on march nak jalan lagi so actually nothing to miss.. lagipon tahun depan mesti jalan lagi ka.. tp zack kawen sekali ni jela..tetapi.. ia alway be in the pack... pasal dah biasa la aku yang kene urus itu ini + tahun ni aku baru beli slr and vacation kat pulau is the best way to get best pict..tak kisah i'll try to fit the schedule..

Rabu, 27 Januari 2010

lagi gamba..











few bunga pic.. masih belajar..

mixed nuts..

satu minggu yang panjang.. ramai yg meninggal/mangkat dan mati.. atau apasaja la perkataan yang sesuai... oleh kerana almarhum sultan johor br mangkat maka seminggu la kene berkabung.. tapi takde la susah sgt takat pakai tudung putih je...tu pon ramai yang tak nak pakai.. tak campur lagi yang sanggup lilit tangan je..mos kel moskel.. ape la susah nak berkabung tu kan.. kadang kadang kita kene buat perkara macam nih,, utk menunjuk taat setia pada imej melayu tu..sultan dan intitusi adalah satu perkara yang takde pada bangsa lain.. kalau la perkara macam nih kita takleh buat, apetah mende lain..okay la karang tulis bebanyak kena tangkap lak.. aku nak uplod gambar la pulok..
ntah anak sape ntah tapi aku suka gambar ini..

anif dengan muka manja nya..


satu lagi fav pict aku.. cantik komposisinya.




haris tengok balqis..




balqis tgk masa depan..



Khamis, 7 Januari 2010

Biskut org kaya..

7/1..sejarah hari ni.. lawak paling pure aku penah jumpa sepanajang aku keje kat HF...Rosiah dah mencapai tahap giler meroyan dah nih.. apelah masalah dia kan.. semenjak tak bertegur sapa ngan kakak aku, dia macam org gila.. asek carik perhatian je..buat la memacam rules.. keluar notis, mengadu sana sini..manusia peminum arak dan fasik macam dia tu memang bodo..adeke pasal biskut sekeping marah macam tak cukup duit nak makan esok dah..tapi kan kalau la tujuan dia nak tunjuk hebat pasal dia berani marah org.. silap la.. macam pak awak ada la..pelik aku camna la dia tergamak nak menyerang orang pasal biskut je... kalau dah kedekut tu simpan kat bawah katil la.. sibuk tayang tayang kat pantry.. makan dek orang marah lak..pastu canang sini sana kaya la.. rumah besar la..duit gaji tak luak la.. penipu semua.. haha rosiah rosiah.. pembekal lawak la kau...

Isnin, 4 Januari 2010

Photo test 1..2..3...

Model tanpa bayar..

Black n White..cam gambar iklan lak


Lawa kaler biru pool nih..



adik n adik... one of my fav pic.



bright pink pather




Few Phot from my d3000..maybe lepas course ada impact yg baik dr ni..



Ahad, 3 Januari 2010

2010..this shud be the new begining..


dah masuk dekad baru.. aku rasa memang perlu la aku start apa yang aku dah pikir dr sejak lama dahaulu.. baru lepas sambar satu dslr..Nikon D3000.. setakat nih aku puas ati la.. ntah la nak kata suka sgt main amek gambar nih aku tak perasan lak tapi for sure aku memang suka tgk gambar la.. yang canggih2 sampai la ..satu detik rasa macam nak amek gambar macam tu.. tp masih tak kenal apekah gear yang patut dibeli/dipakai..sampaila ketika.. nurul anak sedara aku lak giler photo.. dia beli mags photo aku baca.. baca punya baca rasa macam dah berkenalan dgn dua tiga mende pasal photo browse intenet.. so dgn penuh tidak disengajakan aku pon terjebak la dalam dunia photo nih.. satu pelaburan drastik tp tak kisah la.. at least aku ada satu mende aku nak spend on..having a hobby is good rite?..so maybe next time there will be more pic, and hope tht i can take more pic and beautiful pic and who know i can get a photo that really worth..