Jumaat, 27 Februari 2009

satu petang yang mengejutkan..

petang td aku dapat emel tru yahoo group aku, from amin sc1, bg tau izatti Sc 4 tgh bertarung sakit breast cancer final stage, dah merebak ke otak.. bebtul terkejut dan bengong sekejap dengar news tu, macam macam singgah kat pala otak, teringat tahun lepas ke 2 tahun lepas, ada sekali tu bebudak maktab nak buat reunion tp izat kata dia tak leh nak join, tp kalau sesiapa nak dtg jumpa, buleh pi umah dia..dia buleh masak masak..time tu walau aku tak reply emel tu, aku rasa macam nakkkk sgt p jumpa dia..tp ntah la niat tu tinggal dlam ati je.. hai ntah la kalau ada rezki aku jumpa dia, tgh sakit la pulak..izat nih nak kata baik sgt tu ntah la, dia jiran aku masa kat atf dulu, duk sebelah bilik, aku rasa dia antara budak terawal la kawan aku..satu team bahas..kalau tak silap ada hadis maksud lebih kurang camnih, kita takkan kenal seseorang tu selagiukita tak berpergian, makan dan tidur bersama dia.. akurasa aku dah buat semua tu ngan dia.. dia org yg baik, ade satu dua flaw.. tp sape yg tak macam tu.. tp dia kira masuk kategori alim alim la.. set set tudung labuh..tp aku ni bukan kawan yg baik sgt, yela kan dia kawan aku yg terawal...dia berkawan ngan aku time aku takde org di sekeliling, bila aku dah absorb keaadaan sekeliling aku start menjarak diri dr dia, pastu macam tegur tegur gitu je la..pastu masuk satu level bila kengkawan aku ada tak puas ati kat dia kutuk kutuk dia.. aku tumpang gelak je, takde la pulak aku backing dia ke ape.. tp at least aku tak tambah garam kutuk sekaki la..ahh those days...
umur manusia ni memang unik.. 30 tahun utk org macam aku org dah kategori anak dara tua, tp untuk izat muda sgt lagi dah kene skit camnih, satu nombor tp dua persepsi, pelik gak cemana la breast cancer merebak ke otak.. pelik sakit zaman sekarang.. yg tua masih kuat yg muda byk dah reput..
semoga yang terbaik untuk sahabat aku izatti, moga tabah, moga tertanggung sakitnya, moga nendapat keberkatan..

Tiada ulasan: