Khamis, 29 Disember 2011

Terapi shopping...

Entah la..samada kerana tgk cerita ombak rindu (nnt aku buat post pasal citer nih, boleh kutuk kaw kaw punya) atau keroje pembasuhan yang agak banyak, almaklumla musim hujan begini ramai gak yang menghantar. baru la aku tahu komitmen orang kita untuk hatar ke dobi melayu sangat tinggi, sanggup tu duk permas hanta BBU semat mata nak dobi melayu..maybe tepat jugala langkah aku bukak dobi ni, memudahkan orang yang particular bab basuh membasuh cuci mencuci nih, aku bole confirm, kitorang cuci baju satu pelanggan satu mesin, so takde bercampur baju melayu baju cina (jika itu satu isu). Somehow harini aku agak jemu.. bukan bosan tapi jemu.. susah jugak nak beza bosan ngan jemu.. tapi aku tau la aku yang rasa.
Jadi bila keadaan jemu begini otak aku asyik teringat nak makan.. stendet la tgk perut babe..Memula teringat nak makan sushi..bagus nih pegi kul 3 dapat off 20%, pastu masuk je dekat pukul 3 tetiba nak makan yang kuah kuah la pulak..memikirkan tentang makan buat saya bahgia So jom Jusco jom.. nnt tau hamende aku nak melantak kan..dalm kereta je aku dah tau.. nak makan mee kari old town.. dah tak yah pikir lagi..so aku pi old town makan mee kari..sekian..hehehehehe.. tak bukan itu cerita nya.. bab makan ni biasa biasa je..percaya la mee kari tu makan kat old town belah mana pon rasa dia sama je..Oh ye siuttt je harga semua tak sampai doblas henget bila baya jd 13 hengget.. GST punya pasai..
Ada satu hari tu..Miz n Linda cakap,Shopping buat diorang ras tenang.. tak payah beli barang cuma belek belek, dan test barang tu dah cukup buat diorang puas (obviously diorang cerita shopping pasal kasut lanih), and aku pon cakap.. ape lahh tak paham aku.. aku kalau nak beli barang akuterus je beli.. tak koser la window window shopping nih..So lepas melantak di old town tu, aku pon pi la masuk jusco terus ke supermarket dia, sambil sorong troli, aku pi kat bahgian sabun, sambil membanding harga sabun yang aku dapat.. huh mahal ye sabun sekarang, sabun aku dapat walau pon beli borong tersangat la murah berbanding yang jual kat jusco tu, sabun aku powerful n mantul ful tau, lepas belek harga sabun ekonomi handalan ngan daia aku realize laa.... aku pon rasa window shopping nih agak menenangkan..walaupon arahnye tak sama.. yela korang sebuk la belek kasut, henbeg perfume, and aku tgk sabun, kopi and spices ( tgk spices pon seronok tau... bukan la rajin sgt masak tp bila tgk spices tu macam membuak buak je rasa nak masak.. bila blah je dari tpt tu terus hilang rasa nak masak...hikhik..). hasil window shopping aku tu aku nak kongsi dua mende yang pertama


 Nesacafe Gold..mende nih dah lama aku perati.. dr sekolah lagi..aku sebenarnya bukan penggemar kopi, satu minggu boleh kira berapa cawan kopi aku minum.. sesilap sepanjang minggu aku tak minum kopi or nescafe or indocafe atau seumpanya..bila minumkat old town atau yang seumpanyanya.. jaran aku order kopi, aku order cham la, teh la mocca la.. bukan tak suka kopi tapi mmg jarang minum..tapi aku rasa kopi 434 yang kat muar sedap..berbalik pasal nescafe gold nih, aku tak paham kenapa dia mahal.. gold blend la hape la.. bottom line aku cuma tak paham di saat botol nescafe classic cuma harga 6 hengget dia lari sampai berbelas hengget.. tu baru nescafe, kot brand davidoff lagi ke mahalnya..penah masa kecik dulu aku berkata kata pada diriku.. aku rasa nnt dah besar, aku dah keje aku nak beli la nescafe nih, nak rasa.. dn sesungguhnya hingga ke hari hari ini disaat aku dah bukak kedai sendir aku masih belum nak beli kopi nih.. bukan sebab tak mampu.. ada duit tu. in fact kalau aku beli sushi kat luar tu pon lagi mahal.. makan tak sampai sejam habis, kopi nih kurang kurang sebulan tahan.. tapi still aku tak tergamak nak beli.. tunggu la nnt sampai ketika nya aku beli kot..
mende kedua... heheheh tapi sebelum tu aku nak bagi tau aku ada tabiat.. tak tau la bagus ke tak.. tapi aku suka korek telinga.. dulu pakai cotton bud.. pantang nampak cotton bud mesti nak korek telinga.. jadi dek kerana asek dikorek teinga tu takde la kotor sgt.. maksud nye idak le kuning merening je color cotton bud tu..pastu tetiba aku suka korek telinga pakai tisu lak.. tisu tu aku puntal hujung dia pastu aku cucuk masuk telinga.. patu rasa geli geli je.. bahgia sungguh rasanya hehehehe.. kengkadang aku tercicir tisu tu..oleh kerana aku je yang ada perangai separa huduh sedemikian tu takleh la nak cakap.. eii tu bukan tisu aku la, org lain pon pakai tisu gak..nnt akak aku mesti bising nnt dia cakap.. eii kutip shrek kau nih ( refer cerita shrek , masa dia keluarkan ear wax dia pastu buat candle) nak tgk rupa tisu aku tu taraaa!!!


 so td aku jumpa cotton bud yang dah dishrek kan..heheh mak suka mak suka sambil tepuk tangan terus beli




 suke teman.. tak payah lagi mengulung gulung hujung tisu ittew..

Sekian tamat la acara terapi shopping saya..saya tak tau la kalau saya pi JPO bole memberi terapi yang sama atau berbakul bakul kutukan hamunan dari saya kepada mereka yang terlibat hehehhe...







Jumaat, 23 Disember 2011

Menjadi Boss kepada diri sendiri...

hmm..kalau ikutkan hati  dan azam diawal tahun dulu, aku kena update blog nih seminggu sekali.. tp mcam azam tinggal azam je la.. ni dah nak tahun depan apa pulak azam nye yek hehehe..
Sebenarnya banyak aku nak tulis, banyak aku nak luah kat sini.. dari cerita Ariff kawen gay irish ( takde sape lak nak penampa budak ni) sampai la masalah pemikiran dangkal kebanyakan rakyat malaysia : Kau tu belajar kat U kerajaan kena la ikut apa cakap kerjaan, kalau tak nak ikut jgn belajar kat U kerajaan.. atau orang suruh belajar belaja je la kenapa la sibuk politik, atau kerja ngan kerajaan, tp apa kerajaan buat semua tak betull, makan duit haram.. adusss duit haram katanya..ini pemikiran dangkal..kita rakyat malaysia yang hidup di sebuah negara demokrasi. kita berhak memilih dan mentidak pilih sesuatu kerajaan itu...Soal sokong kerajaan( dalam konteks ini BN) atau tidak, tidak termasuk dalam halal haram gaji kita, kalau kita mengulor, makan rahsuah dan seumpanya baru la kata gaji tu haram..lainlah ketika interview masa memula nak keje kerajaan tu ditanya adakah awak mengundi parti BN, pastu kau jawab ye, pastu kau dapat keje maka kalau kau pangkah parti lain baru la salah, pasal kau menipu masa interview tadi, tp masih kau berhak mengkritik kerajaan, pasal yang ditanya adakah kau mengundi.. hak untuk mengkritik masih terbuka di situ.. (tapi adake soklan sedemikian, pasal aku tak penahhh mintak keje kerajann nih).Lagi satu, kenapa nak halang seorang yang cukup umur nya 21 tahun daripada berpolitik, dia nak berpolitik itu pilihan dia, dia kena belajar itu tanggung jawab dia . Seumpama menghalang seseorang lelaki untuk mengalun azan, apabila dia yakin bahawa dia mampu, kalau dia salah baru tegur, tapi kalau halang mana betulnya tindakan tu .tapi biasanya, ayat suruh belajar belajar jela jgn berpolitik hanya timbul kalau si polan itu menyokong bukan BN, tp kalau dia ahli puteri umno, ahli pemuda umno.. takde sape nak halang.. biassss..
Tapi sudah lah.. saya tak suka blog ini bercerita tentang politik sebab politik di Malaysia di penuhi mereka yang dangkal pemikirannya..semua boleh apabila dia menyokong pihak dia tapi kalau kta tak sokong dia kena penampar dan ludah..
Jadi, sebenarnya teringat last week (or few weeks..ntah tak ingat) Mizainah ajak pi tuttuti fruiti..pasal dia baca dalam blog aku pasal TF.. hehehe Miz baca blog aku.. segan la mak cik..walau pon kita tulis blog nih utk orang baca, tp bila jumpa pembacanya rasa segan la pulak hehehe..So lama gak la tak mengumpat borak borak ngan Miz nih, dari satu topik ke satu topik, timbul la cerita Lai (PM-project manager dia) berkata kata maybe nak bukak bisnes sendiri, pastu miz rasa dia nak bukak biz jugak sebab nak spend masa ngan anak anaknya, or at least dpt keje half day (yeahh your wish).. okey setelah kupikir pikirkan betula kata kata seorang cina kepada kakak ku, dia cakap " faridah, macam mana kaya, macam mana miskin pon org cina..diorang tetap mau jd bos" aku rasa betul.. orang melayu kalau dah kaya ( keje doktor gaji dua ti ga puluh ribu sebulan, engineer, akauntan dan seumpanya) kita dah rasa okay, buat apa nak biz pening pening kepala, mana nak market barang, jaga stok, jaga pekeja, lari hutang lari cukai, kalau kerja, cukup bulan dapat gaji, kerja sama je teruk, bos pon bukan senang sgt, mmg la bos dapat byk duit tp apa aku dapat lebih dari cukup utk diri aku so buat ape aku amek risiko? Sebab org melayu kalau dia nak kaya gila babi, dan berkuasa dia tak berniaga.. dia main politik hehehe..
Satu lagi bila miz cakap, dia nak biz so dia ada masa ngan anak anak dia.. yang nih aku susah nak cakap.. sebab kalau kau bisnes dan kau ada masa ngan famili means bisnes kau tahap kecil kecilan.. tu masuk tetiap bulan habis banyak pon seribu dua je.. unless kau buat internet biz, yang aku pon tak tau cemana diorang bole masuk ratus ratus riban sebulan.. ntah tu kena tanya Irfan Khairi. aku peniaga kovensional aje, itupon  kalau la cth nya pagi aku hantar mak aku pi klinik, pastu aku stat keje kat kedai tengah hari.. means aku kena stay back sampai malam, byk gak keje kena buat selain basuh baju, bungkus baju, stok kena tgk, sales kena rekod, duit kena kira..facebook kena tgk jadi takde la free sgt, pastu kalau tgh time lebat tu.. sampai kena tidor kat kedai..jd sebenarnya keje makan gaji adakalanya lebih byk masa, cuma lebihnya, bole la angkut anak anak duk kedai, bole la memantau anak anak kat kedai (saya tak tahu sangat saya takde anak). Jadi kenapa saya tetap di jalan biz ini sila baca sini.
 

Isnin, 12 Disember 2011

Oooo bole selam kapal selam ni..

Berita Harian Online | Guan Eng akui KD Tun Razak boleh selam

heh.. kalau sape tak kenal la siapa mamat Guan Eng nih mamposs kagum kenapa la ATM kena minta perakuan dia untuk kapal selam..bila aku cakap camnih mest ramai org belah kerajaan melenting..cakap aku meperlekehkan ATM, padahal aku cuma sinikal pada tajuk berita tu je, tapi fantaik taik tu bole tonggang terbalik fakta kata aku perlekeh ATM ni la masalah politik negara.. too much hatred.. asal jadi pembangkang, ape yang kerajaan buat kene bangkang..tapi tu semua sebenarnya persepsi menyimpang yang dah dipaku dalam otak rakyat kita, takk pembangkang bukan bangkang bodo... bukan main hentam label orang suka ati tok ayah dia.. semua ada sebab.. aku kalau pembakang buat kerja gila aku pon takkan sokong, ni bukan macam team bola, ikut je cakap kapten or coach walau kita tak suka, sebab kita team mate.. ini masa depan negara dan kepentingan rakyat.. kalau satu pihak tu takleh convincekan aku diaorang nak membela rakyat, buat ape aku sokong dia..aku suka statement guan eng dalam berita tu

"Kami (pembangkang) cuma mempertikaikan kos pembeliannya, tetapi kita menghargai sumbangan anggota tentera yang juga wira kita yang sanggup berkorban untuk negara.
Saya datang ke sini kerana menerima undangan Ahmad Zahid dan saya datang dengan hati terbuka, mengenai perkara lain kita boleh cakap panjang."
Ini yang aku nak semua paham.. kita bukan perlekehkan kemajuan , kita bukan anti pembangunan, tapi mas kita buat pembangunan tu kita ada pikir tak maslah rakyat, adakah projek yang di buat tu sgt diperlukan, ada tak budget yang cukup, bersedia tak rakyat terima pembanguan tu, bersedia tak negara nak menanggung maintenance pembanguan tu, kalau tak jadi bangunan tinggi tinggi pastu bergaung takde sape g8una.. kat JB ni melambak banguan takde guna.. waterfront city tu, sikit punya canggih teknologi, welding dalam air katanya, tapi sampai sekarang nih takde ape guna.. siap ade orang bunuh diri lagi...mana taknya, dah la nak pegi susah, bas tak lalu, kalau lalu pon kena naik dua tiga bas, pastu kununkunun nak buat open air cafe, perghh busuk bau laut, sape nak makan kat situ.. tu la masa buat projek tu takde pikir mende mende camtu.. sudah nya habis camtu je duit rakyat.. tapi ada JB jatuh kat pembangkang takde nye(walau pon adun skudai sekarang dah DAP) sebab sentimen di istana ini lahirnya parti UMNO.. kita terlalu banyak sentimen sampai lupa ape sebenarnya tujuan UMNO tu ditubuhkan pastu bila kita bangkang tuduh kita anti Melayu la, penderhaka la..murtad la.. ntah hape hape..kalau BN betul di landasan yang betul takde sape nak goyang dia, tapi standard la dah lama sangat berkuasa, jd camtu la,so kena bg org lain lak merasa.. tp kalau yang lain buruk sila gulingkan mereka ganti balik ngan BN..amcam ada bran???

Sabtu, 19 November 2011

JB bandaraya selamat???..

Lim Guan Eng buat statement Jb tak selamat.. habiss bertempikdan mengamuk mereka yang berkenaan marah kan LGE, siap label pengkhianat negara la.. patut humban dalam ISA la..Aku takde la sokong LGE cakap Jb tak selamat dengan org luar, tak elok la kau nak promote negeri kau cakap negeri org tak best ( if that what he said la.. pasal aku pon tak baca/dengar ape yang dia ckp dgn org ostralia tu) tapi aku rasa ye saya rasa JB mmg antara bandar yang tak berapa selamat..aku tak penah la p LA ke chicago ke, barzil ke.. jadi aku tak tau la mcm mana tahap keselamatan kat sana.. tapi lantak la tu negeri orang, kalau melangkah keluar kena rompak, kena pancung tu biar la kat tpt orang.. yang aku kisah  tpt aku duduk nih..JB..bandar raya ku..awal tahun dalam bulan 2 umah aku masuk pencurik.. abis diangkut tv, home theater dan anak angkat kesayangan  aku Cik Nikon..lama pedih kat hati aku nak diubat.. sakit beno hati aku.. pastu dalam bulan 6 adelak kejadian tembak menmbak.. kat KFC area Permas..takdela jauh sgt dari rumah aku, pastu dalam bulan puasa kat rumah aku gak ada org kejar kejar dgn parang..pastu lagi dalam bulan 9, jiran aku lak kene curik kereta dia.. kereta dia kena bawak lari idup idup dg alrm terpasang..best tak hidup kat permas sentral..ni baru area rumah aku.. belum lompat jauh jauh lagi.. belum pegi kat pasir gudang, belum tgk masai, skudai... kat taman rinting area rumah abang aku.. sedang je org pecah kereta.. pantang ada kereta parking luar.. pecah la tingkap dia.. hilang bukan banyak sangat takat duit siling siling je..semalam kat area Johor jaya.. uamah akak aku kena pecah .. ni dah kali berapa ntah la aku pon tak tau..yang kompom sebelum ni dalam 2007 pon dah kena gak.. ribu riban barang hilang..nih hilanmg lagi cash aje ada 5k.. aku pon tak paham akak aku nih, duit byk byk letak kat tangan.. tapi dah dia ada. kau ada ?tapi kalau kat rumah pon tak leh simpan duit tak selamat.. macam mana kita nak kategorikan dunia nih.. duk rumah pon tak selamat.. mana lagi nak duduk??Jadi mmg JB bukan la bandar yang selamat sangat.. si polis tu mmg ada buat kerja siasatan, amek gambar cap jari, tapi sampai hari ni kamera aku masih tak dapat, rumah akak aku dulu 2007 dah masuk sekarang masuk lagi..ini kenyataan perit nak kita terima.. orang jahat banyak.. aku tak tau la apa polis dah buat, berapa cekap polis berapa cekap orang jahat, tapi ini la risiko duk kat JB.. suruh balik raub aku rsa aku tak nak lagi..tak tau akan datang, tapi boleh confirm ke raub lagi selamat dari JB?
Jadi.. bila LGE cakap JB tak selamat.. sebelum kita humban mamat tu masuk ISA, saman dia, suruh dia mintak ampun ngan sultan.. apekate kita pastikan JB selamat dulu..
1) tolong la kalau nampak org suspicious report polis
2) tolong la susahkan kerja pencurik dgn pasang mangga kunci dan semua benda dgn ketat dan kuat
3) Tolong la nasihat adik beradik, anak sedra, anak sendiri, kawan kawan agar menjadi orang yang berguna..

(Ni baru cerita pasal jenayah kecil kecil, belum masuk jenayah besar besar, kemalangan jalanraya.. huh.. JB bandarayaku...)

Jumaat, 18 November 2011

Kenapa saya ceburi bidang perniagaan

skema giteww mak punya tajuk entry..hehe.Ntah la susah jugak nak cakap kenapa..kalau ikut susaur galur sejarah kehidupan aku.. aku tak minak meniaga nih.. byk mende kena pikir..jdpekerja lagi senang.. pegi keje buat keje balik keje.. maki bos, ngumpat..habis cerita hhehehe..tension tensionla jugak tapi ingat buat biz nih tak tension ke??
Makanya kenapa saya berniaga.. aku pon tak leh jawab kenapa.. ramai aku jumpa orang yang mula berniaga pasal nak dapat keadaan  yang dioarang cakap "financial freedom".. ntah hape mende finacial freedom tu pon aku tak paham sgt.. tapi mengikut pemahaman aku la dr explaination diorang ape itu finacial freedom.. itu adalh satu takrifan baru kepada KAYA.. kaya ni basically bayak duit, bole beli macam macam..gaji 3 ribu sebulan pon dah rsa kaya.. gaji 10k pon ada yang rasa tak kaya kaya... jd dioarang guna term baru.. Financial Freedom.. duit unlimited.. beli barang ikut suka ati.. yang pentiang tiada masalah hutang atau barrier dalam berbelanja.. ini ikut pemahaman aku la.. maybe aku exaggerate sgt.. tapi yang ringkas nih macam ni la..
Aku?? ntah aku tak kisah sangat bab nak jadi kaya nih.. aku mmg tak byk duit harta pon kurang .. tapi semua tu tak menghalang aku rasa cukup..pagi pagi boleh makan.. baju aku cukup muat dengan kadar pembesaran perut aku( dengan lemak ye..)..masih bole berintenet, bertelepon macam org lain.. aku tak la miskin atau kekurangan.. aku tau mungkin bg sesetngah orang aku mungkin mewah  esp org susah yang carik makan hasil jual sampah barang recycle, penduduk somalia tau yang seumpanya tp aku gerenti ada banyak lagi orang yang lebih kaya, lebih mewah dan agaknya lebih dari cukup dr aku.. tapi aku tak nak jaki dengan diorang.. bagus la diorang kaya, diorang mewah.. aku doakan diorang bertemu kebahgiaan dr kemewahan dan kekayaan tu..Tapi seriusnya.. aku tak kisah sgt pasal duit.. kalau ada lebih dari yang aku ada sekarang bagus la..boleh aku langsaikan hutang, bole la aku melawat tempat orang, bole la aku menunaikan haji (tu yang utama) mungkin lebih sikit lagi.. bole la aku menyumbang pada masyarakat..aku cakap macam ni mungkin sebab aku tak penah kaya agaknya.. aku tak tau ape bestnya dapat duit bertimbun, atau ada duit beribu ratus dalam bank..jadi aku rasa cukup je la ape yang aku ada.. so sehingga harini.. aku tak rasa aku join dunia perniagaan pasal aku nak kaya atau mendapat financial freedom..
Minat?? tak penahnya aku minat meniaga.. aku tak penah jual kuih pon masa kecik kecik dulu..anak seedara aku (azman dan adik beradik) memang minat meniaga masa kecik.. diorang jual sayur.. kuih raya, mostly maybe sebab masa tu diorang agak tak berpa berduit, tp aku rasa diorang mmg suka meniaga..Jual sayur tu dekat sekilo kangkung harga 50sen.. dah tu bila tahun nak kaya ye dak.. cuma diorang mmg suka bawak sayur tu pi rumah kerumah pastu jual.. oh ye.. sayur tu diorang tanam sendiri.. tu pasal lagi syok agaknya ..Azman penah beli satu botol gula gula ngan coklat.. pastu dia jual ngan adik beradik dia.. mak dia cakap takpe la kalau tak bebudak tu beli jugak kal luar..so dia mmg suka meniaga.. dulu masa aku belajar kat MRSM muar pon sama.. member aku Amek.. pon suka meniaga.. semua benda pon bole jual.. pad pon dia ada jual time tu.. bayangkan tatkala memerlukan pad, pastu kat asrama yang bole keluar seminggu sekali..time tu lak ari khamis.. nak tunggu sabtu byk lagi tu.. pad yang ada tinggal dua ketul.. kalau korang jawab beli la kat koperasi sekolah ada dua kemungkinan .. korang tak penah duk asrama atau korang mmg kamcing gila ngan budak jantan yang berfikiran kolot ketika remaja tu..bebudak remaja belasn tahun tgk budak pompuan kebocoran pon dah excited macam datuk dapat nikah anak dara sunti.. tak paham aku sampai ke tua nih.. tpi tu tak penting.. tapi yang penting member aku amek tu boleh terpikir nak jual pad.. dan agak laris juga la jualannya disamping jualan minuman  dan megi dia..itu contoh good bussines minded person.. aku tak macam tu.. aku bukan peniaga.. aku tak minat pon meniaga...
apetah lagi sekarang meniaga dobi.. aku nih jangan kata basuh baju.. mandi pon susah..tp akhirnya aku masuk dunia perniagaan mendobi... hehe macam tu la susur kehidupan kita tak tau ape akan jadi masa depan.. so kenapa aku meniaga.. Setelah aku korek carik kenapa.. aku dah malas makan gaji.. aku dah malas punch card, aku dah malas buat keje untuk pleasekan org, aku dah malas masuk keje ikut time yang ditetapkan boss so bos tak potong gaji aku, aku malas nak isi borang cuti pastu mereka reka alasan utk cuti, aku malas nakmpegi klinik amek mc gara gara aku tidor lambat tak larat nak keje esok nya.. aku dah malas buat semua tu.. aku nak keje kerana allah untuk manusia.. giteww macam slogan UTM
Tapi adakah aku pemalas.. takk lah.. aku rasa aku makin rajin.. dulu aku masa keje, aku pemalas nak buat keje.. aku mesti dalam 8 jam aku keje mak simum 6 jam aku buat keje, yang lain sama ada aku borak, ngulor,tgk intenet (tp bukan straight 2 jam bro) pastu kalau tak suruh aku mmg tak nak buat OT..OT aku dapat tp aku tak nak OT.. sebab mcm aku ckp tadi la aku takl kisah sgt pasal duit.. tp sekarang aku akan buat keje aku dgn penuh semangat dan tanpa dipaksa... aku OT kengkadang stay back kat dobi, aku rasa keje aku buat ih agak meletih kan dan sedikit fizikal.. tp still aku buat jugak pasal aku rasa ni amanah pelanggan aku dan aku kena buat.. dan aku rasa macam baik sikit perangai aku sekarang nih..
Perniagaan ni banyak ubah persepsi aku pasal kehidupan dan aku harap aku jd lebih baik.. lagi pon akuras ni semua adalah permintaan dan doa doa aku.. aku sentiasa berdoa supaya rezeki aku berkat, mungkin ni la jalan Allah sediakan kat aku.. suruh aku keje bebetul, baik baik.. supaya rezeki aku berkat.. aku mintak supaya aku terus besenmangat dan ingat jangan tamak, ingat utk mencari keberkatan... dan jangan Lupa bersyukur tiap rezeki Allah turunkan kat aku..
Moral Of Story:
Aku tak cakap org makan gaji tu rezeki tak berkat.. aku cuma cakap masa aku kerja dulu aku tak kerja betul betul..hilang berkat rezeki kalau asek mengulor/mengumpat/berkelakuan yang tak senonoh lain..

Khamis, 17 November 2011

Face Blog??

aku baru jumpa mende alah nih.. takpasti ape signifikasinya... tp try je la
 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Khamis, 10 November 2011

Misi 300..

Baru perasan no 300 tu macam filem 300.. hehehehe.. oke apekah misi 300 nih.. bayangkan setiap hari makan apple 300 biji.. byk tak? makan donut 300 biji? naik tangga 300 mata? gaji rm300 sehari/ yang ni mungkin ada kata takde banyak sgt maklum la dia puak puak yang dapat 30k sehari.. so apela sgt rm300 sehari.. tp aku rasa rm300 sehari tu besar..last keje aku separuh pon tak sampai kot.. pendek kata 300 tu bukan jumlah yang sikit..mungkin sikit kalau kita tgk 300 biji beras sehari, 300 helai rumput ditebas sehari.. atau 300 helai rambut.. tp secara biasa dan byk keaadaan 300 tu byk.. jadi adakah mencuci satu set pakaian 300 helai sehari tu byk??.. ni la misi 300, baru baru ni dapat lubang kerja nak mencuci 300 helai coverall dgn glovenya sekali..bukan sikit sikit dekkk..tapi bayang kan kalau satu set dapat RM5, satu hari dah 1500, satu bulan dah 45000.. huihhh kayo makcik.. tapi pokok persoaalan terdaya ke tidak.. aritu buat towel hampir menangis.. ni entah la..tp oleh kerana sayangkan projek 300 tu makcik sanggup sub dekat kawan makcik..makcik dapat singgit sehari pon dah rasa okay dah.. asal berasap dapur.. mcm td la RM300 sehari byk tak/..pada aku dah cukup byk..jadi insya allah.. kalau ada rezeki... mungkin misi ni terlaksana.. mungkin ada sinar baru aktiviti mendobi nih.. yelah.. rezeki kau mintak kau dapat.. dah mintak tu nak buat ape??